Thursday, 8 March 2012

AKTIVITI WAKTU KECIK - KECIK DULU ( RMH KUSYEN)




KUSYEN ZAMAN KECIK-KECIK DULU , ZAMAN SEKARANG ORANG DAH TAK GUNA KUSYEN MACAM NI 


Waktu kecik- kecik dulu family aku susah , nak beli sofa mahal-mahal tak mampu . Yang parents aku mampu beli adalah kusyen yang macam kat atas ni . Maklumlah masa tu parents aku baru je start keje and masih nk kumpulkan duit .

Tak kisahlah pasal macamane kisah parents aku , yang aku nk cerita kat sini pasal ape yg aku buat dengan kusyen-kusyen tu

kusyen setelah di tanggalkan


Istimewanye kusyen ni ialah boleh ditanggalkan . macam pic kt atas ni . Masa umur aku sekitar 4 - 6 tahun aku suka main dengan kusyen-kusyen ni . Yelah masa tu imaginasi tinggi macam-macam aku bayangkan . Dulu pun parents aku tak berapa kasi aku main kat luar rumah , dorg siap kunci pintu pagar sebab tak kasi keluar . So , aku yang kebosanan ni pun carilah idea untuk bermain. yang aku nampak kusyen-kusyen ni ..apa lagi tibailah ...


Aku cabutkan kusyen-kusyen tu satu persatu and then aku susun-susunkan supaya jadi bentuk yang macam aku bayangkan . Aku selalu membuat bentuk rumah , terowong and macam-macam lagilah lepas tu main . Nak bina bentuk-bentuk tu perlukan kebijaksanaan & kesabaran yang tinggi sebab aku bina sorang-sorang je. Masa tu adik aku baru 2 tahun, so aku tak boleh nak minta bantuan dari siapa2 untuk nk bina bentuk-bentuk tu .

Aku susun belah kanan , belah kiri jatuh .. aku terlanggar sikit pun kusyen tu cepat sangat jatuh .. kene bina balik .. tapi seronok bila imbau balik kenangan ni . Lepas susun punya susun , lebih kurang macam nilah jadinya :

kusyen yg siap dibina & disusun



Dah siap bina apa lagi mainlah . Tapi budak - budak zaman sekarang dah tak boleh main macam tu sebab sofa-sofa skrg parmenent . Diaorang tak rasa feel mcm zaman kita kecik-kecik semua dulu .





sofa zaman sekarang

Sofa macam ni memang tak boleh nak tanggal-tanggalkan & susun-susun .sofa parmenant .

GULA - GULA KEGEMARAN WAKTU KECIK KECIK DULU

gula- gula torrone

Aku rasa yang menghasilkan gula - gula ni Malaysia kot sebab dari packaging dia nmpk mcm Malaysia yg hasilkan . Gula - gula ni tak silap aku ada 2perisa , 1 perisa barli lagi 1 perisa pudina or lemon . Yang warna putih perisa barli and yang warna hijau perisa pudina or lemon ntah .  Dulu suka jugak beli .. gula-gula ni sampai skrg masih ada lagi jual kat kedai-kedai runcit .



mukaraw buble gum

Dulu masa zaman sekolah rendah , habis je sekolah aku terus pergi cari babu ( orang naik motor jual jajan ) . Dulu aku suka beli gula - gula getah ni , harga dia tak silap aku dalam 20sen satu . Aku biasa beli 5kotak .. gula-gula getah ada ada 4biji and ada perisa oren , strawberry , melon & anggur .. gula getah ni boleh telan . 




white rabbit

Waktu dulu kt Malaysia ada jual gula- gula " white rabbit " ni tp sekarang dah tak de sebab pengeluaran white rabbit ni dah diharamkan sebab kandungan susu dalam gula-gula ni mungkin mengandungi melamin . waktu kecik-kecik dulu aku suka makan gula-gula white rabbit ni sebab rasa dia manis dan rasa susu . sedap . tp skrg dah tak boleh lg makan gula-gula ni .. sedih  :-(  

gula - gula cap udang


Mesti antara korang yang bce blog ni pernah makan gula - gula " CAP UDANG " ni kan ? dlu masa kecik - kecik aku selalu beli gula - gula ni . Actually sampai sekarang aku tak tahu ape nama gula-gula ni . Aku panggil cap udang sebab ada gmbar udang kt packaging dia.. nmpk tak ? keistimewaan gula- gula ni ialah gula-gula ni  ada satu lapisan plastik yg boleh makan .. sedap gula-gula ni .. warna dia putih and then ada jalur - jalur .. tak silap aku dalamnye inti kacang yang dah dihancurkan . manis & lemak berkrim .. skrg susah nk cari gula-gula ni ..




gula - gula bento

Ni pula gula - gula Bento , aku baru tahu nama dia hari ni tu pun lepas aku dah tengok pic ni .. masa aku nak cari gmbr pic ni aku taip perkataan gula-gula susu , sebab rase gula-gula ni ada campuran susu , tapi rupe-rupenye setelah 20tahun aku hidup baru aku tahu nama sebenarnye adalah Bento... macam nama makanan jepunlah pula .. aku tak tahu negara mana yang hasilkan gula-gula ni..tp gula-gula ni halal di makan .. aku rse gula2 ni masih ada smpai skrg tp susah jgklah nk jmpe .

Gula - gula bento ni ada 4 perisa . Seingat aku ada perisa Ros , Kelapa , horlick  &  Kopi .. Gula- gula ni rase lemak - lemak manis .. sedap . Packaging dia pun still tak berubah sampai sekarang .


Rindu nak makan semua gula - gula ni balik tapi kebanyakkanye susah nak cari dah sekarang . Dulu nasib baik gigi tak rosak sebab banyak makan gula- gula . Biasalah budak-budakkan suka benda yang manis-manis










Tempat yang ingin aku pergi 1 hari nanti .. klu mampu


KAABAH = RUMAH SUCI ALLAH


Dalam banyak - banyak tempat dalam dunia ni .. jika aku berkemampuanlah , tempat pertama aku nk pergi adalah Kaabah . Kalau boleh aku nk pergi dengan parents , adik - beradik dan suami ( amir farhan ) inyaAllah . Mesti seronok dapat beribadat & melawati tempat2 yang ada nilai sejarah dekat mekah . 


cantik & tenangkan


Selain kaabah , aku suka pergi kat tempat - tempat yang tenang , nyaman & sejuk mcm kt dalam gmbr kat atas ni . Aku teringin nk pergi switzerland , paris or korea . Aku suka tengok gunung , salji , air tasik ,pokok-pokok & bunga . Aku suka tengok pemandangan . Tapi kekasih aku ( amir farhan ) insyaAllah bakal suami aku ni tak suka tempat - tempat sejuk sebab dia tak tahan dengan suhu sejuk . Tapi aku memang suka sangat tempat - tempat mcm kt pic atas ni .. tempat tu pun nampak klasik & tak sibuk .. 


Aku selalu berangan nak main salji .. golek - golek kt salji , wat patung salji yang bulat - bulat tu , main ski .naik cable car.. tak pun aku kt padang yang dipenuhi bunga yang warna - warni .. aku boleh cium bau bunga tu .. lepas tu aku selalu berangan aku berkayak kat tasik & tengok angsa .. klu jadi kenyataan memang seronok 





seperti anganku

seronokkan